Saturday, September 19, 2009

Akhir Ramadhan Ini



Ramadhan, bulan rahmat, bulan keampunan ini akan berakhir sebentar saja lagi..
Segalanya sudah sampai penghujung.. Keampunan dan rahmat Allah berada di kemuncaknya.
Segala tawaran, bonus yang Allah berikan, sudah pasti berakhir dengan perginya Ramadhan.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini memberikan banyak pengertian dan kesedaran kepada aku, kalau bukan keinsafan, sekurangnya Ramadhan ini banyak membuat aku berfikir dan sedar. Saban tahun, bagi aku, memang Ramadhan lah waktu yang selalu menjadi penanda aras atau kayu ukur ataupun indicator pencapaian dalam hidup. Untuk melihat perubahan atau kemajuan dalam diri, kita boleh lihat dengan membandingkan Ramadhan lalu dan Ramadhan kini. Adakah ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya? Adakah Ramadhan akan datang, akan jadi lebih baik bagi kita?
Itulah persoalan yang aku rasa setiap muslimin perlu jawab setiap kali Ramadhan menjelma dan Ramadhan berundur pergi..

Alhamdulillah, tahun ini aku berpuasa dalam keadaan aku sudah menjadi penuntut di UIA. Kalau tiga tahun dulu, selama tiga tahun berturut-turut, aku sambut ramadhan sebagai pelajar di Darul quran, berbagai pengalaman dan pengajaran aku tempuh. Sudah tentu Ramadhan kini berbeza pula keadaannya. Tapi, dulu, masa mengaji di Dq, aku tak pernah jadi Imam tarawikh, selepas tamat diploma, Allah beri pulak peluang untuk aku jadi Imam terawih dalam ramadhan kali ini. Itu juga satu pencapaian bagi aku..

Tadi, aku sempat menghabiskan tilawah 30 juzuk Al-Quran. Di hujung Ramadhan yang berbaki sedikit ini, Allah beri jua kesempatan untuk aku mengkhatamkan bacaan Al-Quran, yang pada mulanya aku ingatkan tak sempat dah! Dalam kesibukan kelas dan assignment di UIA, alhamdulillah, aku sempat jugak tamatkan bacaan ni dalam cuti mid sem ni. Walaupun hanya sekali khatam, tetapi sekurang-kurangnya dapat jugalah khatam kan! berbanding tahun-tahun lalu, tak dapat habiskan sekali khatam pun, kalau adapun, bukan baca sendiri, tapi ikut tadarus.

Tarawikh tahun ni, dapat pulak peluang berjemaah di UIA. Biasalah, ikut Imam Arab ni, bacaannya mau sampai 10 minit satu rakaat! Tapi, alhamdulillah, dapat pengalaman baru.. walaupun tarawikh tahun ni tak dapat berjemaaah tiap-tiap malam sebab sibuk sangat( konon le hehe) , tapi nasib baik tak pernah tinggal. Kalau tak dapat jemaah pun , usaha jugak buat sorang2 kat rumah.
Alhamdulillah, masa cuti mid sem ni, dapat solat tarawikh kat masjid, kat surau, dan dapat jugak sekali di Masjid Negeri. Tarawikh tahun ni memang banyak berbeza lah dari tahun tahun lepas. Mudah-mudahan tahun depan dapat pengalaman lain pulak..

Satu persoalan timbul dalam fikiran aku selepas aku selesai sampaikan tazkirah di simpang pulai hari tu.. Sejak zaman sekolah menengah, aku selalu bercita-cita untuk mendalami ilmu agama sampai ke Timur Tengah. Setiap kali ramadhan tiba, keghairahan untuk menuntut ilmu agama tu akan membuak-buak, bila aku mndengar tazkirah-tazkirah dari ustaz-ustaz sepanjang ramadhan. Sebab tu jugak, aku sambung pelajaran ke DQ. tapi, sejak di DQ, perasaan tu beransur pudar, sampai satu saat selepas grad dari DQ, aku langsung tak memohon menyambung pengajian agama di mana-mana, walaupun rakan lain di DQ sibuk memohon ke Mesir dan madinah.. akhirnya aku memohon ke UIA, dan sekarang, aku menuntut di Uia dalam jurusan undang-undang.. Sekarang, entah sebab apa,rasa nak sambung mengaji agama tu tiba-tiba muncul. Ramadhan kali ni seolah-olah menyedarkan kembali semangat aku tu. Tersilap ke aku selama ni?
Ramadhan kali ini seolah-olah mengembalikan aku semula kepada tahun-tahun yang lalu. Kadang-kadang aku rasa macam aku dah jadi budak sekolah menengah balik. masa tu, aku rajin pegi surau, dengar ceramah dan kuliah, dan selalu bercita-cita nak jadi ustaz. entah kenapa perasaan tu timbul balik pada ramadhan kali ni..
Aku rindukan perasaan tu.Masa tu memang tak matang sangat pun. tapi, semangat waktu tu sangat berbeza. Penuh dengan keinginan dan kesungguhan untuk belajar. Itulah "benda" yang dah lama hilang dari diri aku.
Aku bersyukur ramadhan kali ini memberikan aku kesedaran tu. Aku nekad yang aku takkan tinggalkan pengajian agama lagi. sekarang aku mengaji "Law", tapi siapa tahu apa akan jadi pada masa depan kan? Aku nekad, lepas habis di Uia ni, aku nak sambung mengaji agama balik. Mudah-mudahan cita-cita yang pernah aku semai beberapa tahun lalu akan jadi kenyataan. InsyaAllah

seronok sangat aku rasa Ramadhan kali ni. Walaupun sebenarnya ada satu lagi kesilapan dan kekurangan yang amat besar dalam hidup aku, yang tak dapat aku betulkan dalam ramadhan ni, yang mana hanya aku yang tahu apa dia kesalahan itu, aku harap akan diberi peluang untuk memperbetulkannnya..

dan ramadhan tetap akan pergi jugak. Rugilah bagi sesiapa yang tidak berasa apa-apa dengan kehadiran dan pemergian ramadhan.. Ramadhan tak datang selalu. belum tentu ketemu lagi di masa kan datang.
Mudah-mudahan ramadhan ni memberikan seribu satu makna buat kita semua.
Selamat jalan Ramadhan, hingga ketemu lagi...

dunia yang sementara