Wednesday, September 10, 2008

ingin pergi

Aku terlalu ingin
untuk pergi dari sini
izinkan daku terbang
menuju langit yang permai
tinggalkan tempat ini

sampai saat
kita kan terpaksa pergi
walau hati masih rindu
akan semalam yang berlalu
tapi
bila waktu meminta
kita mesti melangkah jua

Langit masih cerah
aku mesti terus berlari
mungkin di hadapan sana
ada tempat untuk berteduh
sekiranya hujan turun

Aku mesti terus berjalan
kerana masih belum masanya untuk berhenti
Aku akan terus berlari
Seandai langit masih cerah
dan seandainya matahari masih setia

Pandang ke atas
dan ingatlah langit tak selalu cerah
lihat ke bumi
dan ingatlah tanah tak selalu basah..

Biarkan aku pergi dan berlari
walau tenagaku
hanya tinggal baki
yang aku simpan untuk berdiri..

Saturday, August 2, 2008

Darul Quran Bakal Menempa Sejarah

Berikut adalah petikan artikel yang disiarkan di Berita Harian bertarikh 2 Ogos 2008

Darul Quran jadi universiti tahfiz

Oleh Saufi Hamzah


CATAT SEJARAH: Darul Quran sasarkan 2011 dinaik taraf menjadi universiti.

Buat persiapan muncul institusi tersohor di Asia Tenggara

TAHUN 2011, Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal mencatat sejarah tersendiri dalam bidang pengajian tahfiz al-Quran bukan saja di Malaysia malah mungkin di Asia Tenggara apabila bakal dinaik taraf kepada kolej universiti.

Oleh itu, kerajaan dari semasa ke semasa berusaha untuk menambah kemudahan yang sedia ada bersesuaian dengan hasrat Jakim untuk menaik taraf Darul Quran.

Kerajaan sentiasa menyokong dan memberi kerjasama kepada program yang diatur Darul Quran ke arah memantapkan institusi tahfiz al-Quran, sama ada pada peringkat diploma mahupun sijil.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika merasmikan Majlis Konvokesyen Darul Quran ke-17 berkata, kerajaan amat yakin dan optimis terhadap graduan institusi itu kerana mereka adalah sumber modal insan yang sangat berkualiti dan amat diperlukan oleh negara dalam memacu corak serta arah pembangunan negara pada masa akan datang.

"Sebagai menteri yang diamanahkan untuk memegang portfolio agama Islam di negara ini, saya suka menyebut kepada hadirin bahawa usaha murni kita dalam melahirkan anak bangsa yang berguna bukan usaha yang boleh dijalankan dengan sambil lewa," katanya.

Malah Ahmad Zahid berkata, graduan Darul Quran mampu menjadi Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, 20 tahun dari sekarang.

INDAH: Darul Quran institusi utama lahirkan sumber modal insan.

Katanya, hasrat itu tidak mustahil kerana tahfiz berkebolehan memegang jawatan tinggi kerajaan selain berjaya sebagai profesional.

"Saya berharap mereka mengambil kursus profesional selepas tamat pengajian," katanya.

Ketika membuat kunjungan pertama ke Darul Quran pada Mei lalu, Ahmad Zahid berkata, beliau berhasrat untuk melihat institusi itu menjadi universiti tahfiz yang pertama di Asia Tenggara.

Beliau optimis, sekiranya Jakim khususnya Darul Quran bekerja keras dan penuh komitmen, cita-cita untuk melihat institusi itu menjadi sebuah universiti yang terunggul pasti akan menjadi kenyataan.

GAH: Kampus Darul Quran dipindahkan ke Kuala Kubu Bharu pada 1998.

Darul Quran mempunyai tiga jabatan iaitu Jabatan Pengajian al-Quran, Jabatan Pengajian Islam dan Jabatan Pengajian Bahasa. Apabila dinaik taraf nanti, tiga jabatan baru akan diwujudkan termasuk sunnah dan muamalat.

Darul Quran sejak penubuhannya mengalami beberapa perkembangan yang memberangsangkan. Ia yang ditubuhkan pada 1966 di Masjid Negara, pada waktu itu hanya bermula dengan lapan pelajar.

Institusi itu kemudian berpindah ke Kampung Baru dan seterusnya ke Pusat Islam dan diikuti Taman Tun Dr Ismail dan Sungai Semungkis, Ulu Langat bersesuaian dengan keperluan pada waktu itu.

Dengan adanya komitmen kerajaan untuk memperkasa institusi tahfiz al-Quran, maka Darul Quran diletakkan di bawah pentadbiran Jakim, kampus itu berpindah ke Kuala Kubu Bharu pada 1998 sehingga sekarang.

Selama ini, graduan tahfiz mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam konteks pembangunan negara yang bukan dinilai dari segi pembangunan fizikal semata-mata, malah turut dinilai dengan keupayaan rakyatnya dalam pembangunan rohani dan fizikal.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, kira-kira 900 pelajar yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat diploma dijangka meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda apabila Darul Quran dinaik taraf.

"Tenaga pengajar digalakkan menyambung pelajaran pada peringkat sarjana dan doktor falsafah bagi meningkatkan kelayakan mereka setaraf kedudukan Darul Quran sebagai kolej universiti," katanya.

Sementara itu, Pengarah Darul Quran, Che Ibrahim Che Man, pula berkata graduan perlu menampilkan keperibadian sebagai seorang Hamlatul-Quran.

"Jadikan diri contoh masyarakat supaya dapat diikuti," katanya.

Penamat dan Permulaan


Menjadi seorang graduan tahfiz bukan suatu yang membanggakan bagi sesetengah orang.. Tiga tahun duduk di Darul Quran, dah macam-macam aku rasa. Pengalaman, cukup banyak..
Aku bukan dari sekolah agama sebelum ni. Latar belakang pendidikan aku bukan segah rakan-rakan yang mendapat pendidikan agama sedari kecil. Ada kawan aku yang kecilnya dibesarkan di Tadika PASTI atau Taska ABIM, kemudian sambung belajar di Sekolah Rendah Agama, sambung lagi di Sekolah Menengah aliran agama, tak kiralah SMKA atau Maahad dan sebagainya, ada jugak yang memang berasal dari sekolah pondok. Di Darul Quran, aku berpeluang bertemu dengan pelbagai orang dari pelbagai latar belakang dan ragam. different strokes for different people..

Dan aku pulak bukan dari sekolah agama. Dapat masuk Kelas Aliran Agama di sekolah menengah harian, adalah permulaan kepada segala-segalanya bagi aku. Masa kecil tak pernah pulak terbayang nak jadi hafiz al-Quran. Tapi sebab dapat masuk KAA, segalanya berubah, aku mula menyimpan cita-cita nak belajar agama. Masa Form 4, aku masuk KISAS Klang. Lepas sebulan(tak sampai pun.hehe), aku keluar dari sana dan masuk sekolah lama. Dan sekali lagi segalanya berubah. Cita-cita nak belajar agama tergendala. Bila dah Form 5, aku sekali lagi buat satu percubaan, ambil subjek Bahasa Arab dan Agama( Quran sunnah dan Syariah) untuk SPM. Belajar sendiri. Lepas SPM, aku apply DQ. and then, dapat, dan segalanya berubah..

Dan di DQ... macam-macam dah aku lalui. Bagi setengah orang, apa sangatlah yang ada di situ. Dan ramai juga yang langsung tak tahu Darul Quran tu ape. Persepsi orang aku tak peduli. Bagi aku, masuk DQ merupakan peluang untuk aku merasai hidup di sekolah agama dan asrama yang aku tak dapat nak lalui dahulu. Hidup di DQ sekurang-kurangnya dapat juga memberi gambaran awal dan persediaan untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi, universiti..
Kat sini pun belajar macam IPTA lain jugak. Sistem diploma kan. Ada credit hour, ade CGPA. ade required lectures attendance, ade assignment, ade presentation, ade project paper, ade final exam, ade HEP( haha).. macam-macam ade. dan semua nilah yang menjadi rencah kehidupan di DQ.. Kalau nak dikatakan aku tak dapat apa-apa dari DQ, memang menipu namanya. Di sini, aku pelajari semua perkara yang perlu sebagai persediaan untuk sebuah permulaan baru..

Aku dah banyak dipandang rendah oleh orang lain. Bahkan selalu sangat rasanye aku dipandang rendah, kekadang rasa terhina. Benar, adakalanya semua tu kesilapan aku. Bermula dari episod keluar KISAS, dah macam-macam aku tempuh. Masuk DQ pulak, satu lagi cabaran buat aku. Pun dipandang rendah jugak. Keputusan aku untuk masuk DQ empat tahun dulu banyak ditentang dan tak lepas dari kata-kata orang. Keluarga sendiri mulanya tak yakin aku boleh buat. "Buat apa masuk DQ, guru tak cukup, kemudahan takde." "SPM bagus, buat ape masuk situ." "Darul Quran tu ape?" itu antara ucapan yang selalu didengari. Aku tak kisah. Mungkin masa di DQ pun, takde ape yang aku ubah. Aku pulak selalu balik, tiap-tiap minggu. Dan tindakan aku memang selalu dipandang rendah oleh orang lain( kekadang bukan orang lain pun, keluarga sendiri). Tak kisahlah...



Dan hari ni, keputusan aku untuk masuk DQ telah terbukti betul. Tindakan aku sambung Diploma dan tak pergi ke matrik atau USIM tiga tahun dulu, telah berhasil. Aku dah buktikan pada diri aku dan keluarga tentang kemampuan aku.Aku dah dapat diploma. Perjalanan yang aku mulai empat tahun dulu berakhir dengan kejayaan. Dan semua ni akhirnya melengkapkan latar belakang pendidikan agama aku. Kalau lepas ni aku tak sambung belajar agama pun, cita-cita belajar agama dah tercapai. Sekurang-kurangnya, kalau ada orang bertanya, ustaz mengaji mane? Ade jawapan yang boleh aku beri.. Darul Quran dah banyak ajar aku tentang hidup. Sepanjang jadi pelajar DQ, dah macam-macam mihnah dan tribulasi aku lalui. Terima kasih Darul Quran, untuk segalanya..

Darul Quran dah jadi sejarah buat aku. Aku pula adalah sebahagian dari sejarah Darul Quran. Darul Quran bukan tempat aku berakhir. Tapi sebuah permulaan untuk aku. Aku nak bermula semula. Dan penamat kepada pengajian tiga tahun aku di DQ ini, adalah suatu permulaan kepada perjalanan aku yang baru. Aku nak sambung belajar lagi. Itu impian aku sekarang. Matlamat hidup aku kini. None other. Tiada tujuan lain atau cita-cita lain dalam benak fikiran aku sekarang melainkan nak masuk universiti, nak sambung degree, kalau ade rezeki, hajatnye nak sambung UIA, insyaAllah. Aku berdoa mudah-mudahan impian aku ni tercapai..

Let's begin..again...

Wednesday, July 30, 2008

Sekitar Majlis Konvokesyen Darul Quran 2008


Bayangkan, sejak sem satu lagi, bile tengok senior-senior grad masa konvo, aku tertanya boleh ke aku grad macam diorang. Setiap tahun, bila sampai masa DQ anjurkan majlis konvo, aku tanya soalan yang sama. Dan akhirnya, tak sangka aku dapat juga grad dan melalui majlis graduasi macam ni. Alhamdulillah. Syukur pada Ilahi..
Dan ini, adalah serba sedikit coretan dan warna-warni majlis konvo aku tempoh hari..

Inilah wajah-wajah yang menghiasi hari gembira aku ni.
Ni abang aku, Faizal aka Ayop. Musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan,..haha.. die ni abang aku yang best. Sekarang mengaji kat UUM, coure Multimedia.. kiteorang memang rapat giler, tapi dalam masa yang sama kiteorang selalu bersaing.. bergaduh, baik, bersaing, berdamai, and so on.. you're my man,bro..

Ni lak akak aku. I had mentioned her name earlier, Wanita. Tinggal kat Shah Alam. Seorang pegawai tadbir N41 di Tourism Malaysia, pernah bekerja sebagai pegawai di Public Bank. Haha..macam resume pulak. He. die nilah satu-satunye akak aku dan die memang best. Memang. The one and only. Walaupun selalu marah-marah aku,tapi aku sayang die. Tiga tahun aku duduk sini, dielah yang paling tahu tentang susah senang aku. dah banyak kiteorang lalui sama-sama. Thanks sis...

Ni adik aku. Putri.. Sesuai dengan nama die, die memang layak bergelar perempuan Melayu BERakhir di sini..hehe...sayang kat adik aku sorang ni..

Dan inilah insan yang membuat aku berjaya sampai aku grad hari ni. Kalau ditanya, siapa pendorong dan inspirasi aku, inilah orangnye. Ibu aku, Robaaiah Abdul Wahab. Seorang yang tabah, terlalu banyak cabaran dilalui dalam membesarkan kami 4 beranak . Terima kasih mak. Kite sayang mak. Sayang sangat..


Aik..siapakah gerangannya jejaka ini. The most eligible bachelor in town gitu..eh..ye ke.. haha tak kuasa I..Inilah pacar kakak aku, Nazri. Tersipu malu pulak tu. Dia ni pegawai tadbir kat Jabatan Ukur (JUPEM). Masa die datang konvo hari tu, kebetulan die datang lewat, sampai sekali pulak dengan Menteri.. Kat cermin depan pulak ade pelekat JUPEM, mati-mati urusetia konvo ingat die tetamu jemputan sekali dengan pegawai lain.Haha..Tengok baju pakai t-shirt je. Aduyaii..
Tapi, apapun thanks sebab datang. Die pun selalu datang tengok aku kat DQ masa belajar dulu. Mudah-mudahan jodoh dia dengan kakak aku berpanjangan. Aminn..

Nilah aku. Officially dah bergelar ustaz (ye ke?), Ustaz Nor Fairoz Bin Abd Mutalib. Inilah hari yang bermakna buat aku dan rakan seperjuangan lain. Penat lelah tiga tahun menghafaz al-Quran dan mendalami ilmu al-Quran, akhirnya penat lelah tu terbalas. Perjalanan masih panjang..











Akhirnya Grad jugak.. AllahuAkbar..










Bergelar Graduan Hafiz

27 haribulan Julai 2008 yang lepas merupakan hari bersejarah buat diri aku. Hari tu, adalah Hari Konvokesyen Darul Quran ke-17 tahun 2008. Aku dapat diploma aku, Diploma Tahfiz al-Quran wal-Qiraat melengkapkan sebuah perjalanan yang aku mulaikan empat tahun dulu, menuntut ilmu agama, al-Quran dan pelbagai lagi pengalaman dan ilmu yang tak ternilai di Darul Quran JAKIM..

Happy?? Mestile.. apa punye soalan la.. Tengok muka aku tu.bertambah kembang. Gambar adalah atas ehsan Cik Wanita Binti Abd Mutalib (pegawai tadbir N41 di Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia@kakak aku la) ... Aku dapat Anugerah Menteri. Anugerah Menteri tu anugerah yang diberikan untuk graduan yang berjaya dapat pangkat imtiyaz. Imtiyaz tu pulak maknanya CGPA 3.75 ke atas. Macam First Class la lebih kurang.

Selain imtiyaz, ade pangkat Jayyid Jiddan(Sangat Baik), Jayyid(Baik), dan Maqbul(lulus). Semua tu dikira berdasarkan pointer akhir atau CGPA. Kalau kat Timur Tengah, contohnya di al-Azhar, Madinah International Islamic University, atau Jordan; diploma, Ijazah sampai la ke Phd, semua guna kategori tu. Ringkasnya, Darul Quran cuba nak pakai standard al-Azhar la. So dapat la anugerah menteri (memandangkan kat sini takde dekan atau naib canselor, so guna title menteri la). CGPA aku tak la tinggi mana, 3.83 jerr. MUET dapat la Band 5.. Perghhh... Kalau akak dengan abang aku bace mesti bebulu punye.haha..Soriiii....

Hari tu, yang menyampaikan Diploma dan sijil adalah Yang Berhormat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri(gambar), menteri yang bertanggungjawab terhadap portfolio hal ehwal agama Islam. Mudah-mudahan hasrat beliau untuk menjadikan Darul Quran sebagai universiti al-Quran akan tercapai.Aminnn..
Ni le gambar die. Gambar ni aku ambik dari dalam buku acara je. Tak sempat nak bergambar kenangan dengan YB Menteri.haha.. orang sekampung ni.. Parlimen Bagan Datoh.

Ni lak gambar aku yang masuk dalam buku acara Majlis Konvo Darul Quran 2008. Bangga.. Hehe. Sebenarnya takdela ape yang nak dibanggakan sangat. Darul Quran pun orang bukan kenal sangat. Aliran tahfiz ini kekadang orang tak ambil tahu pun. Tapi, biar apa orang kata, aku bangga dapat menjadi sebahagian dari sejarah Darul Quran ni..

22 orang dapat anugerah menteri. aku salah seorang. dapat la rm500....
Akhirnya grad jugak...

The Road Not Taken..


Dalam hidup ni, memang kita akan selalu berhadapan dengan pelbagai pilihan. Kekadang, sukar untuk membuat pilihan. Mungkin mengenai destinasi, pelajaran, kerjaya atau mungkin jugak jodoh. Tak semua keputusan dan pilihan yang diambil tu tepat dan betul. Ade orang yang tersalah pilih. But, truth is, when the time comes, we have to make the decision, whether we're ready or not..
Bercakap pasal pilihan, aku teringat satu sajak dalam Bahasa Inggeris,tajuknya The Road Not Taken.. Aku memang suka betul poem ni. Poem ni aku belajar masa Form 4, buku Selected poems and Short Stories untuk silabus literature Bahasa Inggeris. (Siapa yang ambik SPM, mesti ade belajar poem ni, tapi tak tahu le kalau sekarang takde dalam silabus dah.)

The Road Not Taken ditulis oleh Robert Frost(1874-1963), seorang pemuisi dan penyajak Amerika yang tersohor. Dia banyak berkarya mengenai orang, tragedi, dan persekitaran England. Pernah menjadi pensyarah di beberapa universiti termasuk Harvard, University of Michigan, dan Amherst.

Mudah untuk difahami. Tetapi mengandungi maksud yang mendalam. Tentang situasi yang akan dihadapi oleh semua orang dalam dunia ni tatkala terpaksa memilih antara dua pilihan atau mungkin lebih. The Road Not Taken by Robert Frost...

Two roads diverged in a yellow wood
and sorry I could not travel both
And be one traveller, long I stood
and looked down one as far as I could
to where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
and having perhaps the better claim
because it was grassy and wanted wear;
though as for that, the passing there
had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
in leaves no feet had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I --
I took the one less travelled by,
and that has made all the difference

Setiap hari bermula semula..


Kenapa mesti a new beginning?
Kerana bagi aku setiap hari adalah suatu permulaan baru.
Memang ada perkara yang sentiasa bersambung dari semalam, masalah yang tak selesai, kerja yang bertangguh, kenangan lepas..
Kita memang tak boleh lari dari kesilapan. kita tak boleh lari dari masalah, kerja yang tak siap lagi mesti disiapkan jugak.
Tapi, dah tentu kita boleh memperbaharui semangat dan azam kita . Perbaharui perspektif kita melihat dan menilai hidup.
Lepas jatuh; boleh bangun semula. Ada masalah yang masih tak selesai; kita boleh melihat semula dengan pandangan yang baru dan berfikir cara mengatasi masalah dengan lebih rasional.
Semuanya boleh dilakukan jika kita menghargai setiap saat dan minit dalam hidup ni. Selepas kita menghargai hidup ini, pasti kita akan menjalani hidup dengan lebih bermakna.
Biasanya, benda baru semua orang suka, orang nak. Benda baru selalunya mahal. Benda baru sentiasa segar dan elok. Bahkan sesuatu yang baru akan dijaga dengan sebaik mungkin.
So, ringkasnya, setiap hari adalah sesuatu yang baru. Pasti kita lebih menghargai hidup. Nikmat yang dikurniakan Ilahi..
Hidup ni mahal. Rugi kalau dibazirkan macam tu je. Setiap hari kena cari pengertian baru. Aku..kalau boleh setiap hari nak buat benda yang bermakna dalam hidup aku. Mungkin tak bermakna untuk orang lain, sekurang-kurangnya bererti untuk aku..

Kalau boleh..aku ingin bermula...semula...

Tuesday, July 29, 2008

Permulaan Baru


Assalamualaikum. at last..finally...
akhirnya..
dapat juga buat blog ni.
Senang je nak buat blog ni.. tapi kalau dah empunya badan tak bergerak, jari tak letak kat papan kekunci ni, otak tak gerak,tak jadi jugak blog ni.
Semua orang nak ber"blog" sekarang ni. Teringin jugak nak berblog bile dah ade internet..

Jadi ini adalah suatu permulaan..
"a new beginning"

dunia yang sementara