Monday, May 25, 2009

Tuesday, May 19, 2009

Murabbi , muallim, teacher, guru....

Tiba-tiba rasa rindu pada zaman sekolah. secara automatik, tayangan peristiwa dan memori zaman sekolah tertayang pada skrin otak aku ni. Hati terasa rindu...


16 Mei, hari guru disambut seluruh negara. Insan bernama guru atau cikgu diraikan. Hakikatnya, hari guru yang sehari tu, ataupun ucapan selamat hari guru, belum cukup nak membalas jasa dan pengorbanan guru.
Kat sekolah, berduyun duyun lah murid-murid bagi hadiah kat cikgu diorang. Hemm, sepanjang zaman persekolahan aku, berapa kali sangat aku pernah bagi hadiah yek? adalah 2-3 kali kot.

Apa penghargaan yang terbaik untuk semua jasa cikgu cikgu kita kan? pernah terfikir tak? Ada cikgu pernah kata, "saya tak kisah apapun hadiah yang awak semua bagi, tapi pada saya, hadiah terbaik adalah bila kamu semua dah jadi manusia," aik?
Pelik betul bunyinya, selama ni aku bukan manusia ke? Tengok kat cermin, eh betullah aku ni manusia, takkan le aku ni binatang pulak, kaki aku dua, bukan empat,tak pernah pulak aku jalan merangkak (kecuali masa baby dulu le), rasa macam dah layak dah jadi manusia ni.
Bukan tu maksud cikgu, sekarang baru faham. Tapi, sedih, sebab ada jugak yang tak faham, dah habis sekolah, tapi tak jadi manusia.. aku ni dah jadi manusia ke?

Guru ni memang insan yang mulia. Sebaik-baik guru pula adalah junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Mafhum sabda baginda :Sesungguhnya aku dibangkitkan (untuk umatku) sebagai mu'allim (guru).

Mulia kan? Tugasnya mendidik, bukan setakat mengajar. Kerjanya mencabar, bukan kerja yang mudah. Tanggungjawabnya besar; membentuk peribadi mulia, menasihati, menunjukkan jalan, membimbing, memberitahu kebenaran, mengajak kepada kebaikan, mencegah mungkar, mengajar ilmu, menyebarkan pengetahuan, berkongsi pengalaman; bukan setakat menyuruh dengar dan memberi arah, memarahi bila murid tersilap, menghukum kesalahan, atau berleter tak tentu pasal(ikut sesetengah murid la)...

Ramai guru-guru yang dah mengajar dan mendidik aku selama ini. Secara peribadi, aku bangga memiliki guru-guru seperti mereka, dan aku harap, mereka juga bangga dengan aku, atau sekurang-kurangnya, bangga dengan apa yang telah aku capai selama ini. Terima Kasih cikgu...

Setiap kali hari guru datang, aku rasa macam nak jumpa setiap guru yang pernah ajar aku.
Saidina Ali kata ; sekiranya seorang mengajar kepadamu satu huruf, maka dia adalah gurumu.. Kalau diambil kira semua tu, maka ramai sangat dah guru aku ni.
Rasa macam nak cari semua cikgu-cikgu aku tu, nak tanya khabar; apa khabar cikgu, cikgu sihat ke, cikgu tinggal kat mana sekarang, cikgu mengajar di mana sekarang, cikgu buat apa sekarang( kalau dah pencen le), ataupun cikgu\ustazah dah kahwin ke (eh, soalan ni untuk cikgu-cikgu yang bergelar cik waktu mengajar kita dulu le, sebenarnya aku nak tanya soalan ni kat ustazah aku,haha)...

Dan kalau boleh, bila berjumpa dengan cikgu cikgu tu, aku harap ada sesuatu yang boleh aku ceritakan pada mereka, tentang diri aku, yang boleh membanggakan mereka. Mudah-mudahan, bila mereka tahu tentang diri kita; contohnya, belajar kat mana, berapa keping ijazah dah dapat(huhu), sekarang kerja apa, kerja kat mana, gaji berapa ribu sebulan( perghh), dah kahwin ke belum, anak dah berapa, rumah ada berapa, itu mercedes kamu ke, dan lain-lain lagi; mereka tahu murid yang pernah mereka ajar suatu masa dahulu, kini sudah mencapai sesuatu dalam hidupnya..
Mungkin bunyinya macam sekadar nak membangga diri kalau diberitahu pada orang, tetapi, pada aku, pencapaian pencapaian ni, mungkin boleh dianggap sebagai kejayaan pada sesetengah orang dan mungkin juga pada cikgu cikgu kita ni. Ya, memang kekayaan harta benda dan material bukan pengukur mutlak dan hakiki kepada kejayaan, tetapi, macam aku katakan tadi, pencapaian.. Ada orang yang tak masuk universiti, boleh jugak merasa pakai kereta besar, tapi, ada graduan universiti yang tak mampu pun nak pakai kereta sederhana mewah. Semua ni lambang pencapaian. Sedari sekolah,seperti inilah pengukur pencapaian kita, jika seseorang mencapai tahap yang tinggi berbanding orang lain di sekeliling dia, dia dikatakan berjaya mencapai sesuatu! Contohnya dalam peperiksaan sekolah, mesti ada yang dapat A, tapi ada jugak yang hanya dapat D, yang mana berjaya? mestilah yang berusaha dan belajar sedaya upaya dia untuk dapat markah tinggi, A itu adalah lambang pencapaian dan kejayaan dia. Di antara mereka yang A tu, ada pulak yang dapat markah tertinggi, dan dia jugak dapat hadiah daripada cikgu, sebab markah tertinggi tu. Maka, hadiah tu adalah lambang kejayaan dia.
Kejayaan seperti itu, sebenarnya perlu dizahirkan. Bukan untuk membangga diri, tapi untuk memberitahu insan sekeliling kita, yang kita dah berjaya, dan kejayaan itu ada sebabnya, dan guru pula adalah salah satu sebab utama kita berjaya..

Kejayaan tu perlu dizahirkan kepada insan bernama guru, memenuhi harapan mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan kita.. kejayaan tu memang manis, tapi manis lagi apabila ia dikongsi bersama dengan insan yang banyak membantu kita mencapai kejayaan ni dan dihargai selalu.. apalah sangat kejayaan kita tu, kalau tiada yang menghargai...Hakikatnya, Kejayaan kita, sebenarnya adalah kejayaan guru-guru yang membimbing dan mendidik kita..


Rindu..rindu kat sekolah aku. Kebetulan pula, 2-3 minggu cuti di ipoh ni, selalu ternampak cikgu cikgu sekolah lama aku. Ada yang aku dapat bertegur sapa, ada jugak yang ternampak dari jauh je. Ada jugak aku hantar sms ucap selamat hari guru kat cikgu cikgu sekolah menengah aku. Alhamdulillah, ada cikgu dan ustaz yang balas sms aku, maknanya, aku memang ada dalam ingatan diorang..heemmm.. Ustazah aku pun ada sms aku beberapa hari lepas, tanya khabar, dan sempat jugak dia bagi aku nasihat serba sedikit.

Itulah namanya guru, sekali menjadi guru, maka dia adalah selama-lamanya guru bagi kita..
Kalau dapat, rasa macam nak ulang kembali zaman sekolah ni.. rindu.. terlalu rindu..

Apepun, terima kasih cikgu.


Jasamu tinggi melangit.
gagah menggunung,
sesekali berlabuh di lautan,
hilang sepi dan sunyi segala makhluk keresahan
bukan jasa nak minta disanjung
budi yang luhur seindah pekerti
tanpamu, utara jadi selatan
langit biru bertukar kelabu
mata kabur tak nampak jalan
dada sempit tak berpetunjuk
bukan dipinta hadirmu, tetapi dihantar Dia
menjadi pembimbing
di tengah medan saksi perang manusia;
di tengah gelombang laut yang menyesatkan;
dan kelam kabut akal serta huru hara nafsu yang menjerat
tetapi demikian tersusun atur bicara guru
dari mulanya kalam
sehingga akhirnya kalimah
memecah buntu diri yang terkaku
mengajar ilmu seluas alam
lalu
mata pejam jadi celik
lidah kelu akhirnya berbicara
dulu buta menjadi nampak
asal jahil bertukar tahu
dari tiada menjadi ada;
insan jadi mulia
guru, masih di situ
tidak pernah berhenti
mengajar ilmu dan mendidik jiwa
segenap alam mengucap salam
seluruh makhluk tetap berdoa
untuk dia
kerana
dia guru
dan selamanya guru...


Thursday, May 14, 2009

Mom, you're the best!!!!!!!



This is my mom, the one and only..heee
I love her so much, more than anything else in this world..
She's the reason that keep me going till now..

Maybe it's already too late to wish Happy Mother's Day now,
but hey, there's always time to express our loves to our moms,right?
Everyday is mother's day what??

Mom, thanks for your unconditional love..
Happy Mother's Day to my mommy
and to all mothers or future mothers out there.....saluuuute!!!!!!!!


Wednesday, May 13, 2009

Puisi untuk Ibu


Ibu
mata kudus yang memandang
itulah engkau
kekadang mengalir air mata sucimu
gembira dan sedih
yang terkadang tak terfahami oleh kami

Ibu
suara yang mendendangkan lagu
tatkala kami ingin lelap
itulah engkau
suara lembut yang meruntuhkan kerinduan
menenangkan kerisauan
dan memberi kekuatan

Ibu
tangan yang membelai
itulah engkau
tangan yang memegang erat
dan memeluk kami
masih terasa hangat dakapanmu
terasa tak mahu melepaskan pegangan tanganmu
kerana takut hilang panduan

Ibu
kasih kami tak seagung cintamu
kasihmu kasih yang tak bersempadan
tempatnya di daratan dan lautan
membawa ke langit tinggi
kasih dan cintamu
tersemat di hati

Ibu
mendengar suaramu
hilanglah rindu
menatap wajahmu
hapuslah derita
mendakapmu
berakhirlah segala seksa

sementara itu sifatnya dunia
kasihmu jua yang abadi
ibu pasti pergi
nanti kami menyusuli
tatkala ibu masih di sini
dan dunia masih berputar
kasih kami tak pernah berhenti
jasa dan bakti kami janjikan
hingga nanti saatnya pasti
ibu
kami sayang ibu...

Update??

Actually, this blog has not been updated for a long time.. no one had ever view my blog though..haha...

Tapi, rase macam nak update.. maybe it's time..indeed..for a new beginning..

Let's start again
Setiap hari
Bermula semula...

dunia yang sementara